MASIH DI INGATAN MH370

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebak di hati setiap kali ingat, membaca berita terkini dan mendengar kisah mangsa MH370 dah seminggu berlalu masih menjadi misteri. Apalah salah aku sehingga ALLAH uji kita sehebat ini tetapi janji ALLAH telah nyata setiap ujian diberi kepada yang mampu sahaja tidak lebih tidak kurang.

 

BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.

 

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Penyelamat lebih daripada 12 negara telah digerakan dengan menggunakan kapal, kapalterbang dan helikopter yang tercanggih serta setelit NASA dan China masih gagal merungkai hijab yang ditutup. Sehingga hari ini lokasi terakhir koordinat MH370 pun masih menjadi misteri. Inilah batas kuasa manusia tetapi jangan pernah putus asa dan terus berusaha mencari dan marilah kita semua merayu kepada ALLAH dan teruskan Doa Untuk MH370. ALLAH SWT tidak akan menguji manusia tanpa sebab seperti misteri kehilangan MH370yang telah menyatukan rakyat Malaysia melainkan yang keras hati terus mengutuk dan memperkecilkan kejadian ALLAH SWT. Ujian ALLAH SWT ada yang perlu dilalui sekelip mata, ada yang berhari-hari, ada yang berminggu-minggu malah ada yang bertahun-tahun semuanya ada hikmahnya. Jangan menuding jari semua berlaku atas salah setiap rakyat Malaysia yang asyik berbalah sehinggalah apabila diuji seperti ini masih lagi nak berbalah.

 

missing-mh370

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

Marilah kita muhasabah diri hentikan bertelingkah terutama soal politik kerana ALLAH sentiasa melihat apa yang kita buat jadi jangan sentiasa menyangka kita lebih baik daripada orang lain. Sekali ALLAH SWT seperti misteri MH370 kita sudah tidak mampu merungkai dan ramai yag sudah hilang fokus serta hilang sabar. Apa agaknya akan berlaku kalau pesawat MH370 masih tidak ditemui dalam tempoh yang lebih lama pasti ramai yang akan hilang pertimbangan.

Doa untuk MH370

Mari kita terus berdoa untuk MH370 semuga ALLAH beri semua kesabaran dan dipertemukan dengan mangsa dalam apa juga keadaan.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214] 

Apa lagi yang mampu kita buat selain berusaha, tawakal dan berdoa merayu bersungguh-sungguh kepada ALLAH tapi jangan sekali mengunakan cara yang tidak mengikut syarak seperti bomoh dan sebagainya.

Doa Nabi Muhamad SAW : ”Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (QS. Al-Baqarah : 286) 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s